Dua lelaki diberkas lerai motosikal curi

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati motosikal terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Wan Azlan)
Pemeriksaan yang dilakukan mendapati motosikal terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Wan Azlan)
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis memberkas dua lelaki kerana disyaki meleraikan komponen motosikal curi di Jalan SS15/4C Subang Jaya dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Khas Balai Polis Subang Jaya telah membuat pemerhatian terhadap dua suspek berusia 26 dan 29 tahun itu pada jam 10.45 pagi.

"Kita mendapati dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan sedang meleraikan komponen dua buah motosikal sebelum melakukan serbuan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Wan Azlan berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Semakan lanjut dibuat telah menjumpai sebuah motosikal yang telah dilaporkan hilang di Setapak Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal kedua-dua suspek itu mengaku telah mencuri motosikal terbabit dan mahu meleraikan komponen kenderaan itu.

"Semakan turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: