Pas kecam tindakan AS bunuh dua pemimpin kanan tentera Iran

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kembali meningkat selepas Presiden Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani dalam tindakan pertahanan untuk melindungi kakitangan Amerika Syarikat (AS) di luar negara. - Foto AP
Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kembali meningkat selepas Presiden Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani dalam tindakan pertahanan untuk melindungi kakitangan Amerika Syarikat (AS) di luar negara. - Foto AP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) selepas tentera negara itu melancarkan serangan udara di lapangan terbang Baghdad dan meragut nyawa dua pemimpin kanan tentera Iran.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan AS itu melampaui batas dan boleh meningkatkan ketegangan di rantau Timur Tengah.

Melalui kenyataan media, pihaknya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan pagi ini.

“Pas melahirkan rasa kesal terhadap insiden 'keganasan antarabangsa' yang melampaui batas ini dan mengecam campur tangan pihak AS dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut,” katanya hari ini.

Dalam serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq awal pagi tadi, lapan individu terbunuh termasuk Soleimani yang merupakan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan Timbalan Ketua Pasukan Separa Tentera Iraq, dikenali sebagai Hashed Al Shaabi dilaporkan terbunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump didakwa arah pembunuhan komander Iran

Presiden AS, Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan tersebut.

Qassem Soleimani
Qassem Soleimani

Menurut kenyataan Al Shaabi, serangan berlaku susulan rusuhan ganas penyokong pro-Iran yang menyasarkan Kedutaan AS di Baghdad, Selasa lalu selepas AS melancarkan serangan udara hujung minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Serangan berlaku beberapa jam selepas AS mengeluarkan kenyataan akan mengambil langkah awal untuk melindungi tenteranya sekiranya Washington tahu tentang tindakan terancang pihak tentera yang disokong Iran di Iraq.

Serangan itu juga menyusuli tindakan sama minggu ini di Kedutaan AS di sini.

Kedutaan AS di Baghdad juga mengarahkan kesemua warga negara itu meninggalkan Iraq serta-merta, hanya beberapa jam selepas tentera AS melancarkan serangan udara berkenaan.