17 maut, 24 cedera bas terjunam dalam sungai

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut.
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut.
A
A
A

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 24 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang yang dalam perjalanan ke ibu negara Nepal, Kathmandu, dari bandar Pokhara terjatuh ke dalam Sungai Tishuli di daerah Dhading, lapor Anadolu Ajansi.

Kemalangan itu, menurut Pasukan Polis Bersenjata Nepal, berlaku pada jam 1.30 pagi Isnin (1945 GMT Ahad).

Jurucakap pasukan itu, Bishnu Prasad Bhatta berkata, sejumlah besar anggota daripada semua pasukan keselamatan sedang meneruskan usaha menyelamat di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut, manakala penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Punca kemalangan masih belum dipastikan buat masa ini. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kemalangan bas di Nepal
  • 24 orang cedera apabila bas jatuh ke dalam Sungai Tishuli
  • Kemalangan berlaku semasa perjalanan ke Kathmandu dari Pokhara
  • Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa
  • Punca kemalangan masih belum dipastikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!