Malaysia bimbang serangan udara di Baghdad

Dalam serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq awal pagi Rabu itu, Qassem Soleimani dan timbalan ketua pasukan separa tentera Iraq, dikenali sebagai Hashed Al Shaabi dilaporkan terbunuh.
Dalam serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq awal pagi Rabu itu, Qassem Soleimani dan timbalan ketua pasukan separa tentera Iraq, dikenali sebagai Hashed Al Shaabi dilaporkan terbunuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaharu susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri hari ini memaklumkan, Malaysia sentiasa berpegang bahawa semua usaha perlu diambil bagi menyelesaikan masalah atau konflik menerusi perdamaian tanpa menggunakan ancaman atau kekerasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump didakwa arah pembunuhan komander Iran

"Oleh itu, pada peringkat kritikal ini adalah lebih baik bagi semua pihak yang terbabit mengelakkan sebarang provokasi yang selanjutnya, melaksanakan usaha bagi menghalang dan meredakan ketegangan agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu.

Serangan dron ke atas satu konvoi yang sedang bergerak berhampiran lapangan terbang itu membunuh pegawai tertinggi keselamatan dan komander perisikan Iran, Qasem Soleimani.

Pas kecam tindakan AS bunuh dua pemimpin kanan tentera Iran

Terdapat kebimbangan yang memuncak bahawa Iran akan mengambil tindakan balas terhadap kepentingan Amerika Syarikat di dunia Arab dan ketegangan yang sedang berlaku antara kedua-dua pihak itu dijangka merebak kepada konflik yang lebih besar antara AS dan Iran. - Bernama

Artikel Berkaitan: