DBKL gempur peniaga warga asing di Jalan Alor

DBKL menggempur peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan Alor, Bukit Bintang.
DBKL menggempur peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan Alor, Bukit Bintang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa siri serbuan di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menggempur peniaga warga asing yang masih berdegil menjalankan perniagaan mereka di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini.

Operasi tersebut membabitkan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat DBKL Cawangan Bukit Bintang selain Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan operasi bermula jam 6.30 petang pada Khamis dan tindakan khas itu dilaksanakan mengejut membabitkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan termasuk penjaja makanan, minuman, aksesori, pakaian dan lain-lain aktiviti perniagaan.

Barangan dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras.
Barangan dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras.

Menurut kenyataan, antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

"Melalui tindakan khas dijalankan, DBKL membuat 15 tindakan sita membabitkan dua kes pemilik premis makanan atas kesalahan meletakkan barangan dan peralatan di tempat awam, sembilan kes warganegara menjaja tanpa lesen serta empat kes penjaja warga asing tanpa lesen," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua tindakan sita itu diambil mengikut peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Artikel Berkaitan:

Antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.
Antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

DBKL turut mengeluarkan satu notis penguatkuasaan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua notis kompaun penjaja tanpa lesen dan dua notis kompaun atas kesalahan melantik pembantu gerai warga asing mengikut UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

"Barangan dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi," katanya.