Lelaki warga asing samun bersenjatakan parang diberkas

Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas pada jam 12 tengah hari Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas pada jam 12 tengah hari Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki warga asing diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai haiwan di Taman Muda dekat sini pada 22 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam berkata, dalam kejadian pada jam 3.26 petang itu, seorang lelaki yang juga peniaga berusia 54 tahun memaklumkan kedainya telah didatangi dua suspek.

"Salah seorang suspek masuk ke dalam kedai haiwan tersebut manakala rakannya menunggu di luar pintu kedai.

"Suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang dari dalam beg disandang dan terus menarik baju mangsa sambil menuju ke peti juruwang serta mengarahkan kawan pengadu menyerahkan wang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, rakan pengadu telah membuka peti terbabit dan menyerahkan wang tunai kepada suspek.

"Suspek juga mengambil satu beg hitam berisi buku dan ubat pada bahagian bawah meja, kemudian melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek berusia 31 tahun pada jam 12 tengah hari Jumaat.

"Kita telah merampas beg galas, sehelai baju, seluar jeans, topi keledar dan sebilah parang panjang bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, ujian air kencing terhadap suspek, mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Semakan lanjut turut mendapati rakan sejenayah suspek telah dituduh atas kesalahan curi motosikal sebelum ini. Suspek telah direman tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.