[VIDEO] Kapal usia 50 tahun ditauliah semula, akan beroperasi 15 tahun lagi

A
A
A

KUANTAN - Dua kapal peronda (PC) yang usia melebihi 50 tahun, dinamakan Kapal Diraja (KD) Sri Sabah dan KD Sri Sarawak menerima pentauliahan semula, dijangka dapat beroperasi selama 15 tahun.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, jangkaan itu dibuat selepas kejayaan membaiki pilih kedua-dua kapal terbabit dengan sistem dan enjin baharu.

"Kita jangkakan kapal ini boleh digunakan dalam tempoh 15 tahun.

"Jadi, kita gunakanlah kapal ini sebelum kita sementara menerima kapal-kapal baharu," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, di sini pada Jumaat.

Pada majlis itu, isteri Panglima Tentera Laut Puan Sri Dr Norinah Mustapha adalah `Lady Sponsor' bagi penamaan kapal KD Sri Sabah manakala isteri Timbalan Panglima Tentera Laut, Datin Zamzelina Ahmad bagi penamaan KD Sri Sarawak.

Abdul Rahman membaca perintah pentauliahan sebagai simbolik kepada pentauliahan kapal dan memakai insigna kepada dua pegawai pemerintah bagi KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di sini pada Jumaat.
Abdul Rahman membaca perintah pentauliahan sebagai simbolik kepada pentauliahan kapal dan memakai insigna kepada dua pegawai pemerintah bagi KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di sini pada Jumaat.

Abdul Rahman memberitahu dua kapal itu pernah menjadi aset TLDM sejak 1967, sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim ) ketika penubuhan awal agensi itu pada 2006.

Jelasnya, Maritim kemudian tidak berhasrat untuk mengoperasikan semula kapal ini pada 10 Jun 2020.

Artikel Berkaitan:

"Mereka (Maritim), menyerahkan kapal ini kepada TLDM. Jadi kita ambi pendekatan baharu dan membaikpulih dua kapal ini secara menyeluruh bagi membolehkan ia beroperasi untuk memenuhi keperluan operasi TLDM.

"Ia melibatkan kerja-kerja gantian kepingan besi baharu, terutamanya gantian kuasa gerak termasuk enjin dan peralatan yang lebih moden bagi menjamin pengoperasian lebih berkesan serta selamat, " ujarnya.

Dua kapal peronda (PC) yang usia melebihi 50 tahun, menerima pentauliahan semula di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, di sini pada Jumaat.
Dua kapal peronda (PC) yang usia melebihi 50 tahun, menerima pentauliahan semula di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, di sini pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, tiada lagi kapal jenis PC yang akan dibaik pulih.

Katanya, setakat ini, hanya empat buah kapal iaitu KD Sri Sabah, KD Sri Sarawak, KD Sri Perlis dan KD Sri Johor.

Abdul Rahman menambah, berdasarkan perancangan, dua kapal itu akan ditempatkan di perairan Sabah Timur bagi keperluan operasi maritim di kawasan perairan sempit dan cetek.

"Selain itu, ia juga akan digunakan sebagai platform latihan dan operasi.

"Buat sementara, kedua-dua kapal akan ditempatkan di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan," katanya.