Dumbledore meninggal dunia pada usia 82 tahun

Gambon menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di sebuah hospital pada Rabu kerana radang paru-paru. - Foto: Agensi
Gambon menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di sebuah hospital pada Rabu kerana radang paru-paru. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Aktor kelahiran Ireland, Michael Gambon yang dikenali ramai menerusi watak Albus Dumbledore dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Jurucakapnya, Clair Dobbs mengesahkan Gambon menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di sebuah hospital pada Rabu kerana radang paru-paru.

Watak Dumbledore sebagai pengetua Sekolah Hogwarts telah menaikkan profil antarabangsa Gambon dan tersenarai sebagai aktor terkemuka di Britain.

Selama beberapa dekad, beliau membintangi puluhan filem dan yang terbaharu tampil dalam filem muzikal Judy pada 2019.

Presiden Ireland, Michael D Higgins turut memberi penghormatan terhadap bakat luar biasa Gambon dan memujinya sebagai salah seorang pelakon terbaik untuk generasinya.

Gambon dilahirkan pada 19 Oktober 1940 di Dublin dan dibesarkan di London.

Beliau terjerumus ke dalam dunia seni selepas terlibat sebagai kru di sebuah teater. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!