Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom

Anggota polis memeriksa kawasan hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu susulan aduan diterima berhubung bungkusan mencurigakan.
Anggota polis memeriksa kawasan hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu susulan aduan diterima berhubung bungkusan mencurigakan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terpaksa dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, pihak polis menerima panggilan jam 7.20 pagi memaklumkan mengenai penemuan bungkusan mencurigakan di hadapan pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.

Anggota polis memeriksa Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu yang terpaksa dikosongkan susulan ancaman bom yang diterima pada pagi Khamis.
Anggota polis memeriksa Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu yang terpaksa dikosongkan susulan ancaman bom yang diterima pada pagi Khamis.

Menurutnya, sebaik menerima laporan itu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi itu terdapat bungkusan yang diletakkan di hadapan pintu pagar. Kita telah memeriksa bungkusan tersebut dan telah dimusnahkan.

"Pihak polis juga telah melakukan pemeriksaan dan pembersihan di kompleks mahkamah tersebut. Tiada sebarang ancaman lain ditemukan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Khamis.

Wan Mohd Zaki bagaimanapun tidak memperincikan kandungan bungkusan terbabit.

Hasil tinjauan di lokasi kejadian mendapati sebahagian kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu masih lagi ditutup sehingga jam 12.45 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Pada pagi Khamis, petugas mahkamah digemparkan dengan penemuan bungkusan mencurigakan di hadapan pintu masuk mahkamah berkenaan sebelum sebahagian Kompleks Mahkamah itu diarahkan untuk dikosongkan.

Hasil tinjauan di lokasi kejadian mendapati sebahagian kawasan Kompeks Mahkamah Kuala Terengganu masih lagi ditutup sehingga jam 12.45 tengah hari.
Hasil tinjauan di lokasi kejadian mendapati sebahagian kawasan Kompeks Mahkamah Kuala Terengganu masih lagi ditutup sehingga jam 12.45 tengah hari.