Ancaman bom, Lapangan Terbang Queenstown dikosongkan

Penumpang dipindahkan akibat ancaman bom di Lapangan Terbang Queenstown di Queenstown, New Zealand. - Foto Xinhua
Penumpang dipindahkan akibat ancaman bom di Lapangan Terbang Queenstown di Queenstown, New Zealand. - Foto Xinhua
A
A
A

WELLINGTON - Lapangan terbang antarabangsa Queenstown di New Zealand telah dikosongkan pada Jumaat akibat ancaman bom, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Lapangan terbang itu ditutup sementara berikutan laporan mengenai bahan letupan dengan penumpang dan orang awam diminta menjauhi lapangan terbang.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil pada pagi Jumaat, kata lapangan terbang itu, menambah penumpang penerbangan yang terjejas mempunyai akses kepada makanan dan tempat perlindungan yang disediakan.

Queenstown di Pulau Selatan New Zealand terkenal dengan sukan pengembaraan dan pemandangan yang indah. - Bernama

Artikel Berkaitan: