Ancaman bom: Semua lapangan terbang di Filipina tingkat keselamatan

CAAP meletakkan kesemua lapangan terbang komersial di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga selepas perkhidmatan trafik udara menerima e-mel dengan ancaman bom. - Gambar AFP
CAAP meletakkan kesemua lapangan terbang komersial di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga selepas perkhidmatan trafik udara menerima e-mel dengan ancaman bom. - Gambar AFP
A
A
A

MOSCOW - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) meletakkan kesemua lapangan terbang komersial di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga selepas perkhidmatan trafik udara menerima e-mel dengan ancaman bom, lapor Sputnik memetik laporan media Filipina pada Jumaat.

Ancaman itu mengatakan bahawa bom telah diletakkan pada salah satu pesawat dalam perjalanan dari ibu negara Manila ke lapangan terbang lain, lapor penyiar ABS-CBN.

Maklumat itu sedang disemak, tetapi tindakan segera telah diambil di semua lapangan terbang, kata CAAP.

Langkah itu termasuk menambah jumlah anggota keselamatan lapangan terbang dan mengetatkan pemeriksaan penumpang dan bagasi dengan kerjasama polis dan tentera. - Bernama

Artikel Berkaitan: