Tular warta Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik Tengku Mahkota Kelantan

Sebuah warta kerajaan negeri Kelantan tular sejak Selasa mengenai pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan.
Sebuah warta kerajaan negeri Kelantan tular sejak Selasa mengenai pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebuah warta kerajaan negeri Kelantan tular sejak Selasa mengenai pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa mulai 4 Januari.

Menurut Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 11 Januari yang tular di laman sosial memaklumkan perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Satu mesyuarat telah diadakan pada 4 Januari lalu pada jam 3.30 petang melibatkan Ahli-Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim berhubung perkara tersebut.

"Memenuhi kehendak Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), bahawasanya kami dengan ini bersetuju mengangkat sembah nasihat ke hadapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk mengurniakan akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tengku Bendahara Kelantan pada ketika ini.

"Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan putera zuriat Almarhum Sultan Ismail Petra, menepati dengan maksud Perkara 30 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)," katanya.

Warta Kerajaan Kelantan itu turut berkata, Sultan Muhamad V turut menarik balik akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

"Penarikan itu berdasarkan kepada kuasa Baginda di bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) dibaca bersama dengan Seksyen 47 Interpretation Acts 1948 and 1967," katanya.

Sementara itu sumber terdekat kerajaan negeri ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut sebaiknya diperoleh daripada pihak Istana

Artikel Berkaitan:

"Ya, molek (seelok-eloknya) minta nasihat Istana," kata sumber itu.

Sehingga jam 8 malam Rabu belum ada sebarang pengumuman dan pengesahan dibuat oleh Istana Kelantan.