Peniaga tak mengaku salah simpan hidupan liar tanpa lesen

Mohamed Faizal hadir di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas pertuduhan menyimpan tiga ekor beruang pulut dan seekor kura-kura telinga merah tanpa lesen lima tahun lalu.
Mohamed Faizal hadir di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas pertuduhan menyimpan tiga ekor beruang pulut dan seekor kura-kura telinga merah tanpa lesen lima tahun lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menyimpan tiga ekor musang pulut dan seekor kura-kura telinga merah tanpa lesen lima tahun lalu.

Mohamed Faizal Mohamed Yacob, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didapati menyimpan seekor musang pulut (Paradoxurus Hermaphroditus), seekor musang pulut tidak matang dan seekor musang betina iaitu merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010(Akta 716) tanpa suatu lesen.

Kesalahan itu dilakukan pada 24 Julai 2019, jam lebih kurang 6 petang, di premis kediaman di Nilai Impian, Nilai dekat sini.

Berikutan itu orang kena saman(OKS) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta 716, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 60(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima RM50,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu dia turut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 61 dan Seksyen 61 Akta 716 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

OKS turut didapati menyimpan seekor kura-kura telinga merah iaitu hidupan liar spesis terkawal pada tarikh dan di lokasi sama.

Artikel Berkaitan:

Bagi kesalahan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Akta 716 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 117(2) akta sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Gilmoore G Bolongon manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.