Lima termasuk suami isteri didakwa tipu pinjaman tidak wujud

Kesemua tertuduh diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.
Kesemua tertuduh diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.
A
A
A

PORT DICKSON - Lima individu termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan penipuan dalam menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, tahun lalu.

Tertuduh, Lee Jia Re, 23; Jason Lee Lian Sheng, 25; Jass Lee Ying Xing,19; pasangan suami isteri Kamarul Nazrin Kamarulzaman, 29 dan Amiratul Najihah Abdul Malik, 21 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama telah menipu dengan memperdayakan seorang lelaki sehingga dia membuat pembayaran sebanyak RM3,897 ke dalam satu akaun bank bagi urusan mendapatkan pinjaman wang secara dalam talian.

Perbuatan itu dilakukan pada 11 November tahun lalu di sebuah resort di Port Dickson.

Lima individu termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan penipuan dalam menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, tahun lalu.
Lima individu termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan penipuan dalam menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, tahun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Alvin Tan Keng Yi.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan terhadap setiap tertuduh sebanyak RM3,500 dan tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen pada 20 Februari ini.

Difahamkan, kesemua tertuduh telah ditahan pada 20 Disember tahun lalu melalui Op Seagull di sebuah premis di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Hasil pemeriksaan dan penelitian barang kes mendapati sindiket ini terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud yang menyasarkan rakyat Malaysia.

Sindiket ini merupakan lapisan kedua yang akan berhubung dengan mangsa-mangsa yang diberikan oleh syarikat melalui aplikasi whatsApp dengan memperdaya mangsa untuk membuat pembayaran deposit sebagai kos insurans, kos aktif akaun, kos pemprosesan, kos 'test payment' dan kos 'laggard' ke dalam akaun keldai yang diberikan.