Sila log masuk terlebih dahulu.

Pasangan suami isteri didakwa mengedar dadah jenis ganja

06 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 6 SEPTEMBER 2023

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Saiful Syamil Idris, yang merupakan pemandu forklif manakala isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, seorang suri rumah didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 51.634 kilogram.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu bersama-sama dengan tanpa kebenaran telah mengedar dadah berbahaya iaitu ganja seberat 768 gram manakala pertuduhan kedua membabitkan ganja seberat 50.866 kilogram pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam di rumah mereka di Bandar Seri Astana, 28 Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277486/berita/semasa/suami-isteri-dituduh-edar-ganja-lebih-50kg

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian