Kuala Krai, Gua Musang bandar paling bahagia di Malaysia

Hilmi (tengah) semasa merasmikan Majlis Perasmian Taman Tema Air, Krai Water Park di Kuala Krai pada Ahad.
Hilmi (tengah) semasa merasmikan Majlis Perasmian Taman Tema Air, Krai Water Park di Kuala Krai pada Ahad.
A
A
A

KUALA KRAI - Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang menjadi antara 10 kawasan yang dikategorikan sebagai bandar paling bahagia di Malaysia.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, penarafan itu diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Ia meliputi pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT), kebersihan, ekonomi dan indeks jenayah," katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Taman Tema Air, Krai Water Park di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Jajahan Kuala Krai, Azi Rahimee Mohamed dan Setiausaha Majlis Daerah, Muhammad Zaidi Mat Jusoh.

Menurut beliau, tahun sebelum itu jajahan Jeli di Kelantan menerima pengiktirafan tersebut.

Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Selain Gua Musang dan Kuala Krai, Klang, Kulai, Kuantan, Rompin serta Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia di Malaysia.

Antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagiaan adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan serta teratur.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!