'Projek HSR tak terjejas walaupun Jepun tarik diri' - Anthony Loke

Anthony Loke. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anthony Loke. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

BATU CAVES - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak akan terjejas walaupun beberapa firma Jepun menarik diri daripada menyertai permintaan maklumat (RFI).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarikat lain yang berminat dalam projek tersebut akan dimaklumkan selepas tarikh akhir pada 15 Januari.

"Terpulang kepada mereka (firma). Ini tidak bermakna kami akan menghentikan projek itu hanya disebabkan satu pihak tidak berminat kerana masih terdapat ratusan orang lain yang menyatakan minat (dalam projek itu).

"Saya tidak tahu siapa mereka (syarikat yang menyertai RFI) kerana yang mengendalikannya ialah MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR)," katanya selepas sidang akhbar Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) komuter pada Sabtu.

MyHSR melancarkan proses RFI bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura melalui model perkongsian awam swasta pada Julai 2023.

Pelaksanaan proses RFI juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksana semula projek HSR KL - Singapura menerusi mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan baharu, selain usaha mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara.

Namun, pada Jumaat, agensi berita antarabangsa memetik sumber melaporkan, firma Jepun membatalkan rancangan untuk terlibat dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Artikel Berkaitan: