Suami maut jatuh tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertengkaran pasangan suami isteri berakhir tragedi apabila lelaki warga Indonesia itu maut setelah terjatuh dari tingkat 17 di sebuah kondominium selepas menikam isterinya dalam kejadian di Setapak dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi.

"Siasatan mendapati pertengkaran pada mulanya berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

"Suspek kemudian bertindak menikam mangsa di bahagian dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek yang berumur 44 tahun itu kemudian ditemui maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah.

"Mangsa berumur 37 tahun yang mengalami kecederaan akibat ditikam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: