Penganggur dituduh bunuh pemandu teksi

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas pertuduhan membunuh lelaki warga emas yang juga pemandu teksi dalam kejadian Oktober lalu.

Tertuduh, S Ganesan, 41 dituduh membunuh Haron Chua Abdullah, 73 antara jam 2 pagi hingga 4 pagi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir hingga Jalan Permatang Pak Elong, Kepala Batas pada 8 Oktober lalu.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dihukum mati.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal kemudiannya menetapkan 18 Disember ini untuk laporan kimia dan patologi.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa ditemui orang awam pada Oktober lalu.
Mayat mangsa ditemui orang awam pada Oktober lalu.

Terdahulu media melaporkan, seorang pemancing terkejut menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan terapung di kawasan tali air dekat Kampung Permatang Pak Elong, di sini, Oktober lalu.

Penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi untuk membantu mengangkat mayat berkenaan.

Mayat mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!