KPDN Pulau Pinang rampas telefon bimbit tiruan bernilai RM15,523

KPDN Pulau Pinang merampas 32 telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model dan 57 unit aksesori telefon jenama sama dipercayai tiruan bernilai RM15,523 dalam operasi pada pagi Rabu.
KPDN Pulau Pinang merampas 32 telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model dan 57 unit aksesori telefon jenama sama dipercayai tiruan bernilai RM15,523 dalam operasi pada pagi Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 32 telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model dan 57 unit aksesori telefon jenama sama dipercayai tiruan dalam operasi pada pagi Rabu.

Pengarahnya, S Jegan berkata, operasi yang dijalankan jam 11 pagi itu telah menyerbu lima premis perniagaan di sekitar Bukit Jambul dan bandar ini.

Menurutnya, operasi melibatkan lima pasukan pegawai penguatkuasa Pulau Pinang terdiri daripada 15 anggota bersama empat wakil pengadu Global Trade Shield Sdn Bhd.

"Tindakan dibuat berdasarkan daripada maklumat pemilik cap dagangan berdaftar barangan jenama Oppo. Risikan awal yang telah dilakukan beberapa hari sebelum tindakan dilakukan.

Operasi dijalankan selepas KPDN Pulau Pinang menerima maklumat dan mengadakan risikan.
Operasi dijalankan selepas KPDN Pulau Pinang menerima maklumat dan mengadakan risikan.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis-premis terbabit, kita telah menemui 32 set telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model dan 57 unit pelbagai aksesori telefon jenama sama yang mana satu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Akta Cap Dagang 2019," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, kesemua barangan tersebut bersama beberapa dokumen lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM15,523.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 57 unit aksesori telefon jenama Oppo dan 32 set telefon jenama sama dirampas oleh KPDN Pulau Pinang dalam operasi pada pagi Rabu.
Sebanyak 57 unit aksesori telefon jenama Oppo dan 32 set telefon jenama sama dirampas oleh KPDN Pulau Pinang dalam operasi pada pagi Rabu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

"KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah," katanya.