Jaga pertuturan, hormati setiap agama

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan hal ehwal agama Islam merupakan isyarat kepada mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

A
A
A

PERMOHONAN maaf yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham merupakan pengajaran kepada ahli politik atau masyarakat supaya tidak menyuarakan perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Cadangan beliau supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal Undang-Undang Islam telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Menurut Koo Ham, beliau menyedari kekhilafan tersebut setelah memahami sepenuhnya mengenai pelantikan jawatankuasa itu yang dibentuk oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara (MKI) dan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan hal ehwal agama Islam merupakan isyarat kepada mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Isu tersebut bukan sahaja menimbulkan perdebatan dalam kalangan agamawan dan ahli politik, sebaliknya turut dipolemikkan oleh masyarakat menerusi pelbagai platform media sosial.

Walaupun permohonan maaf sudah menjadi perkara biasa, namun ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai normalisasi dalam masyarakat.

Perkara berkaitan agama Islam dan juga adat istiadat Melayu sudah mempunyai keistimewaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengapa masih ada pihak yang cuba menyemarakkan api kemarahan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Artikel Berkaitan:

Sebagai ahli Parlimen, sama ada beragama Islam atau bukan Islam, mereka tidak sepatutnya mencampuri urusan di luar bidang kuasa yang telah ditetapkan.

Perihal agama sesuatu bangsa itu lebih baik tidak dibincangkan atau diusulkan sebarang cadangan jika tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Sebagai rakyat yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan, setiap warganegara perlu menghormati hak yang telah diperuntukkan mengikut klausa sedia ada.

Walaupun Malaysia sudah merdeka selama enam dekad, namun masih terdapat pihak yang memainkan ‘kad’ agama mahupun bangsa untuk mencetuskan kontroversi.

Sudah tiba masanya pemimpin memikirkan solusi terhadap masalah rakyat dan bukan bercakap hal yang mampu menggugat perpaduan kaum.