AI bukan ancaman terhadap semua sektor pekerjaan

Dari kiri; Ismail; Mohamad Fauzan; Rachel Gong dan Hong Siang dalam Wacana bertajuk 'AI:Ancaman atau Peluang?' pada Rabu. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Dari kiri; Ismail; Mohamad Fauzan; Rachel Gong dan Hong Siang dalam Wacana bertajuk 'AI:Ancaman atau Peluang?' pada Rabu. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun kecerdasan buatan (AI) didakwa memberi ancaman serius terhadap sektor pekerjaan, namun bukan semua industri perlu bergantung sepenuhnya kepada teknologi tersebut.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Khazanah Research Institute, Dr Rachel Gong berkata, walaupun penggunaan teknologi dalam sektor pekerjaan meningkatkan produktiviti, ia masih tidak dapat menandingi kemahiran yang dimiliki oleh manusia.

Rachel Gong
Rachel Gong

Menurutnya, kesan AI tidak sama terhadap beberapa industri.

“Pekerja berkemahiran tinggi mungkin memerlukan sekitar 60 peratus sahaja penggunaan AI.

“Namun ia berbeza pula dengan sektor pekerjaan seperti khidmat pelanggan yang dilihat telah menggunakan robot dan boleh menjawab segala persoalan daripada pelanggan.

“Tetapi interaksi AI ini ditentukan oleh algoritma dan kadangkala jawapan yang diberikan tidak betul.

“Oleh itu, walaupun orang ramai mengatakan AI boleh mengambil alih pekerjaan tertentu tetapi sebenarnya tidak,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-425 bertajuk ‘AI: Ancaman atau Platform’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Profesor Kulliyyah Teknologi Maklumat Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mohamad Fauzan Nordin dan Pengarah Eksekutif Saudara, Lim Hong Siang.

Dalam pada itu, Rachel berkata, walaupun AI membantu memudahkan kerja, namun ia boleh menjadi ‘pembunuh’ terhadap perkembangan manusia.

Jelasnya, bagi menghadapi cabaran tersebut, setiap institusi pendidikan perlu memberi penekanan terhadap pembangunan AI dan mengkaji kesannya terhadap hubungan sosial manusia.

“Kebergantungan terhadap teknologi akan menukar sikap terhadap pekerjaan. Kesannya, kerjaya mereka tidak akan meningkat.

“Bagi mengatasi cabaran ini kita memerlukan lebih banyak institusi pengajian yang menawarkan pendidikan AI dan kaedah aplikasinya untuk masyarakat,” ujarnya.