Ringgit makin menyusut berbanding dolar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT menyusut daripada kenaikan minggu sebelumnya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kejatuhan dalam harga minyak mentah termasuk kekurangan permintaan walaupun dolar AS lebih lemah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6340/6435 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6305 yang direkodkan semasa Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menokok berbanding dolar AS kepada RM4.6088 pada sebelah pagi tetapi lesu semasa sesi petang kepada sekitar RM4.6320.

Dilaporkan dolar AS berlegar berhampiran paras terendah lima bulan berikutan penurunan dalam data inflasi Amerika Syarikat (AS), menyaksikan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS dan inflasi Teras PCE jatuh kepada 2.6 peratus dan 3.2 peratus.

Mohd Afzanizam memberitahu Bernama bahawa data inflasi menunjukkan Rizab Persekutuan berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran inflasi tahunannya sebanyak 2.0 peratus.

"Persoalan utama sekarang ialah sama ada pencapaian yang lebih lemah dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar boleh diraih pada 2024. Buat masa ini, kes asasnya ialah pencapaian lemah boleh berlaku. Apa pun keadaannya, keperluan untuk menambah lagi Kadar Dana Rizab Persekutuan mungkin tidak terjadi," katanya.

Sementara itu, harga minyak Brent susut 0.1 peratus kepada AS$78.79.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.8815/8935 daripada 5.8720/8770 yang disaksikan semasa penutupan Jumaat, berkurangan berbanding euro kepada 5.1044/1148 daripada 5.0915/0959 tetapi lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2517/32586 daripada sebelumnya.

Ringgit juga hilang kekuatan berbanding mata wang Asia lain.

Ringgit mengecil berbanding dolar Singapura kepada 3.5005/5082 daripada 3.4933/4968 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/300.0 daripada 298.7 /299.1 sebelum ini.

Ia juga merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3962/4310 daripada 13.3509/3706 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.35/8.36. - Bernama.