Pusat hiburan 'dijaga' gangster kena gempur

Polis menjalankan pemeriksaan dalam serbuan di pusat hiburan yang diserbu, Jumaat lalu.
Polis menjalankan pemeriksaan dalam serbuan di pusat hiburan yang diserbu, Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggempur enam pusat hiburan yang dipercayai 'dilindungi' kumpulan kongsi gelap di sekitar Selangor dan ibu negara, Jumaat lalu.

Kejayaan itu dimuat naik pada Ahad menerusi Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan itu, serbuan dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman bermula jam 9 malam.

Polis menggempur enam pusat hiburan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Polis menggempur enam pusat hiburan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

"Op Noda Pusat Hiburan ini berjaya menangkap 21 orang terdiri daripada warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan, pengurus dan pekerja am.

"Dua ahli geng kongsi gelap bersama seorang dikehendaki juga antara yang ditahan," katanya.

Tambah kenyataan itu, hasil saringan air kencing juga mendapati empat individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.

Ujarnya, modus operandi pusat hiburan ini ialah berselindung di sebalik perniagaan berkonsepkan 'open pub and club' serta beroperasi di deretan bangunan rumah kedai dipercayai cuba untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Premis hiburan ini juga telah menggunakan khidmat ahli kumpulan kongsi gelap sebagai 'bouncer' selain menjadikan premis sebagai lokasi kumpulan kongsi gelap berkumpul dan berhibur," ujarnya.