Dua pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu, 28 individu ditahan

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan terbabit pada Ahad.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan terbabit pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 25 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga asing dan dua individu tempatan berusia 22 hingga 37 tahun dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam.

"Kita turut merampas dua unit 'DJM Controller', dua unit 'CDJ Controller', sebuah telefon bimbit, dua unit pembesar suara, dua unit mikrofon, seunit mikrofon tanpa wayar dan dua keping resit perniagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, dua individu tempatan direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu, manakala 26 individu warga asing pula direman 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: