Pekerja pasar raya maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam nahas di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara, Muhammad Daniel Haiqal Yusdi, 24, dari Taman Kampung Padang Perdana di sini disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu SUV jenis Honda HRV bersama isteri dan dua anak mereka dilaporkan cedera dan menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan dinaiki juruteknik MTBE Petronas bersama keluarga dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Sungai Lembing.

Keadaan kereta dan SUV yang terbabit nahas mengorbankan satu nyawa di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.
Keadaan kereta dan SUV yang terbabit nahas mengorbankan satu nyawa di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.

"Ketika tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa, Muhammad Daniel Haiqal dari arah Sungai Lembing dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan SUV dinaiki empat sekeluarga itu.

"Akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tujuh anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk dihantar menerima rawatan," ujarnya.