117 bubu naga dirampas di perairan Kerian, Larut Matang

Pegawai Maritim Malaysia merampas bubu naga yang ditemukan dalam rondaan pasukan di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia
Pegawai Maritim Malaysia merampas bubu naga yang ditemukan dalam rondaan pasukan di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia
A
A
A

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 117 bubu naga bernilai lebih RM8,000 di Perairan Kerian dan Larut Matang di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga tersebut dirampas oleh pasukan bot peronda yang sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan pada Rabu dan Khamis lalu.

"Bubu naga tersebut ditemukan melalui penemuan penanda botol dan bendera yang mencurigakan.

Sebanyak 117 bubu naga dirampas Maritim Malaysia di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia
Sebanyak 117 bubu naga dirampas Maritim Malaysia di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia

"Hasil pemeriksaan di lokasi pertama menemukan sebanyak 67 unit bubu naga di kedudukan 2.4 batu nautika barat Kuala Terong manakala 50 unit lagi ditemukan di kedudukan 3.5 batu nautika barat daya Kuala Gula pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Pegawai Maritim Malaysia merampas bubu naga yang ditemukan dalam rondaan pasukan di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia
Pegawai Maritim Malaysia merampas bubu naga yang ditemukan dalam rondaan pasukan di perairan Kerian dan Larut Matang. Foto: ihsan Maritim Malaysia

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan serta peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah," katanya

Artikel Berkaitan: