Maritim Malaysia lupus rokok seludup bernilai RM1.2 juta

Mohd Khairulanuar (kiri) melupuskan rokok seludup yang dirampas.
Mohd Khairulanuar (kiri) melupuskan rokok seludup yang dirampas.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu melupuskan 379,400 batang rokok seludup dengan nilai keseluruhan lebih RM1.2 juta.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, rokok yang dirampas pada April lalu itu dilupuskan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu pada Ahad.

"Proses pelupusan rokok rampasan ini dilakukan kerana barangan itu tidak bercukai.

Maritim Malaysia Terengganu melupuskan 379,400 batang rokok seludup dengan nilai keseluruhan RM1.2 juta.
Maritim Malaysia Terengganu melupuskan 379,400 batang rokok seludup dengan nilai keseluruhan RM1.2 juta.

"Proses ini dijalankan menggunakan mesin pengisar dan sisa pelupusan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Sungai Ikan, Kuala Nerus.

"Pegawai penyaksi pelupusan turut berada di lokasi berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media pelupusan rokok seludup dekat sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Khairulanuar berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bersama agensi keselamatan lain.

"Maritim Terengganu sentiasa memantau melalui rondaan ops dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Sebab kita percaya kemasukan rokok secara haram ini terus dilakukan susulan permintaan rokok tidak bercukai masih mendapat permintaan tinggi di pantai timur," jelasnya.