[VIDEO] 'Bayar Zakat Di Bucu Katil’

A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) giat menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai membuat pembayaran zakat termasuk menerusi platform dalam talian https://zakat.com.my/.

Selaras dengan objektif itu, PPZ-MAIWP telah memperkenalkan kempen inovatif yang dikenali sebagai 'Bayar Zakat Di Bucu Katil’ yang bertujuan menggalak serta memudahkan orang ramai membuat pembayaran zakat di mana-mana sahaja mereka berada.

Dari kiri, Ismail, Mohammed, Ahmad Talmizi dan Shakib menyertai Program Wacana Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah alam pada Selasa.
Dari kiri, Ismail, Mohammed, Ahmad Talmizi dan Shakib menyertai Program Wacana Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah alam pada Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAWIP, Mohammed Hassan, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memudahkan pembayaran zakat kepada orang ramai di samping menjaga kesejahteraan penerima zakat di negara ini.

"Seperti yang kita bincangkan, mengapa ada yang tidak tahu atau enggan mengiktiraf zakat? Oleh itu, kita perlu menggalakkan kesedaran di kalangan orang ramai.

MOHAMMED
MOHAMMED

“Kita adakan kempen seperti 'Jom Potong’ bagi kempen potong gaji, Kempen Zakat Wang Simpanan dan Kempen Year End Zakat (sedang berjalan), Ini bermakna pembayaran zakat boleh dibuat di mana-mana sahaja melalui www.zakat.com.my

“Kami menyediakan kemudahan pembayaran, bukan sekadar kempen. Potongan gaji boleh dibuat secara dalam talian ptg.zakat.com.my dan kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka sehingga 9 malam mulai esok pada setiap hari sehingga 31 Disember 2023, termasuk Sabtu dan Ahad,” katanya selaku ahli panel dalam Program Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Tak Tahu Atau Tak Nak Ambil Tahu’, di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Program itu turut disertai pengasas MCPLUS, Shakib Samsudin dan dikendalikan oleh Ismail Adnan selaku moderator.

Perkukuh bayaran zakat

Dalam pada itu, Mohammed turut memaklumkan pihaknya mengukuhkan lagi saluran pembayaran dengan menambah nilai kepada pembayar zakat dengan pelbagai manfaat seperti Skim Khairat Kematian sehingga RM3,000 dalam tempoh tujuh hari.

"Saya nasihatkan semua orang membuat pembayaran sebelum 31 Disember 2023, kerana kita bertuah berada di Malaysia, satu-satunya negara di dunia yang pembayaran zakat menerima rebat cukai.

“Rebat ini adalah 'satu kepada satu.' Sebagai contoh, jika anda mempunyai liabiliti cukai sebanyak RM1,000 dan membayar zakat sebanyak RM700, anda hanya perlu membayar cukai sebanyak RM300. Amalan ini unik untuk Malaysia dan di peringkat global," tegasnya.

Agihan

Sementara itu, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya berkata, agihan zakat MAIWP sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah mengalihkan tumpuan daripada kutipan kepada agihan.

AHMAD TALMIZI
AHMAD TALMIZI

"Dulu orang fikir kutipan dana adalah agihan. Macam mana nak agih kalau tak ada kutipan?. Tapi kita cuba ubah persepsi itu.

Kita nak tekankan ada agihan dulu, baru ada kutipan. Pembayar zakat mahu untuk mengetahui ke mana perginya wang zakat mereka. Oleh itu, kita perlu tonjolkan agihan tersebut,” katanya.

Tambah Ahmad Talmizi, MAIWP turut mengambil langkah proaktif dengan penggunaan kaedah serta pendekatan baharu pengagihan zakat ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.

Sambil memberikan contoh, beliau menyatakan MAIWP telah membahagikan dua situasi pengagihan zakat iaitu secara terus kepada lapan kategori penerima dan juga melaksanakan projek pembangunan seperti pendidikan.

“Buat masa ini kita ada 38 skim bantuan untuk tahun 2023 berbanding 30 skim sebelum ini. Peningkatan ini berdasarkan keperluan manakala jumlah penerima kini melebihi 200,000 orang,” ujarnya.

Dasar wakalah pupuk rasa tanggungjawab tunai zakat

SHAH ALAM - Pengasas pusat tuisyen dalam talian terbesar di Malaysia, MCPLUS, Shakib Samsudin menyambut baik inisiatif Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melaksanakan dasar wakalah sebagai pendekatan agihan zakat kepada golongan asnaf.

AHMAD TALMIZI
AHMAD TALMIZI

Menurutnya, dasar tersebut membenarkan beliau terlibat secara langsung menguruskan 50 peratus wang bayaran zakat.

"Saya masih terlibat secara langsung dalam pengurusan 50 peratus wang zakat tersebut. Dengan mengurus sendiri, saya dapat memahami destinasi wang zakat tersebut.

“Saya rasa jika semua orang merasai tanggungjawab mengagihkan dana zakat, mungkin akan timbul rasa takut untuk tidak menunaikan kewajipan zakat,” kata sebagai ahli panel dalam Program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Tak Tahu atau Tak Nak Ambil Tahu?' yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut serta dalam program itu selaku ahli panel ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.

Pada masa sama, Shakib juga mengakui hasrat setiap kakitangan MCPLUS untuk meningkatkan sumbangan zakat setiap tahun.

"Walaupun begitu, apabila kita mencapai kekayaan, kita menjadi takut untuk menjadi miskin, itulah godaan syaitan. Oleh itu, sukar untuk melepaskan keasyikan mempunyai wang. Oleh sebab itu, wakalah adalah pendekatan yang baik," tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa urusan dengan PPZ-MAIWP sangat mudah. "PPZ-MAIWP bekerjasama dengan saya secara rapat untuk memastikan wang zakat yang diuruskan dengan betul. Sebagai contoh, jika kita ingin mendapatkan masjid di sesuatu tempat, kita akan lakukan pengesahan terlebih dahulu untuk memastikan dana zakat boleh menampung sebahagian daripada kos tersebut," katanya.

Info:

Apa itu wakalah?

Wakalah adalah dasar pengembalian wang zakat oleh MAIWP kepada entiti yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Mekanisme penting dalam pengagihan dana zakat dalam kewangan Islam, wakalah merujuk kepada perjanjian yang mana MAIWP membayar dana zakat kepada entiti yang telah membayar zakat kepada PPZt-MAIWP.

Dana ini kemudiannya diagihkan kepada asnaf mengikut prinsip keadilan dan undang-undang Islam.