Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta

Aeril menyerahkan bayaran zakat kepada wakil LZS, Mohd Amin Karim.
Aeril menyerahkan bayaran zakat kepada wakil LZS, Mohd Amin Karim.
A
A
A

PASANGAN selebriti terkenal yang juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memenuhi kewajipan menunaikan rukun Islam ke-4 dengan membayar zakat perniagaan.

Menurut Aeril, 35, berkata, mereka membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan ia adalah hasil perniagaan tahun ini.

"Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.

"Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua," katanya.

Tambah Aeril, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

"Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah," ujarnya.

Tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada LZS kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000.

Artikel Berkaitan: