Stor simpanan di Istana Negeri terbakar

Sebuah stor simpanan peralatan pembersihan dan pengurusan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu terbakar pada Khamis.
Sebuah stor simpanan peralatan pembersihan dan pengurusan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu terbakar pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah stor simpanan peralatan pembersihan dan pengurusan di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini terbakar pada Khamis.

Kejadian itu menyebabkan 90 peratus stor tersebut terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.

Kejadian itu menyebabkan 90 peratus stor tersebut terbakar.
Kejadian itu menyebabkan 90 peratus stor tersebut terbakar.

"Seramai 39 anggota termasuk pegawai, pasukan bomba bantuan telah dikejarkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, kita mendapati stor tersebut telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.27 pagi.

Artikel Berkaitan: