10 majikan di Kota Bharu dikenakan kompaun

JKKP turut mengeluarkan sebanyak 327 notis penambahbaikan dan henti kerja selepas mendapati majikan terbabit gagal menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada pekerja. - Gambar hiasan
JKKP turut mengeluarkan sebanyak 327 notis penambahbaikan dan henti kerja selepas mendapati majikan terbabit gagal menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada pekerja. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mengeluarkan kompaun ke atas 10 majikan membabitkan nilai RM107,000 atas pelbagai kesalahan.

Jabatan itu turut mengeluarkan sebanyak 327 notis penambahbaikan dan henti kerja selepas mendapati majikan terbabit gagal menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada pekerja.

Pengarah JKKP Kelantan, Ir Abdul Aziz Salim berkata, selain tindakan itu, 10 majikan kini sedang berdepan kes mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Kita sudah mengeluarkan arahan kepada kontraktor binaan di negeri ini pada 6 Disember lalu supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sepanjang musim tengkujuh," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau memberitahu, antara langkah berkenaan ialah menjalankan pentaksiran risiko terhadap pengorekan tanah, mengadakan sistem prosedur kerja selamat atau permit sebelum kerja pengorekan.

"Kesemua kerja itu hendaklah dipantau oleh jurutera serta individu profesional yang sudah ditetapkan secara berkala dan berterusan," katanya.

Dalam pada itu jelas beliau, pihak kontraktor turut disarankan merujuk Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan (Kerja Pengorekan) 2017 yang dikeluarkan JKKP.

Tambah beliau, jika gagal, kontraktor bakal berdepan tindakan denda sejumlah RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Artikel Berkaitan:

"Amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang lebih efisien dapat mencegah berlakunya kemalangan atau kejadian tidak diingini," katanya.