Kebakaran makin buruk, langit bertukar merah di Australia

Sekumpulan penduduk yang berlindung di tepi pantai Mallacoota menerusi gambar dikongsi pada pagi tadi. - Foto: Agensi
Sekumpulan penduduk yang berlindung di tepi pantai Mallacoota menerusi gambar dikongsi pada pagi tadi. - Foto: Agensi
A
A
A

SYDNEY - Pemandangan menakutkan dilihat di sekitar Gippsland di New South Wales (NSW) dan Victoria selepas kebakaran belukar kini merebak di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan sehingga 4,000 terperangkap di bandar percutian Mallacoota akibat krisis kebakaran yang semakin buruk itu.

Gambar dan rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kebanyakan mangsa berlindung di tepi pantai dengan keadaan langit bertukar dari merah terang kepada hitam.

Awal pagi tadi, amaran turut dikeluarkan kepada penduduk di Mallacoota, Gipsy Point, Tamboon, Club Terrace, Combienbar dan lokasi sekitar supaya berlindung dan tidak meninggalkan kawasan tersebut.

"Anda kini berada dalam bahaya dan perlu mengambil langkah waspada. Pilihan paling selamat adalah tidak keluar dari rumah. Sudah terlambat untuk tinggalkan kawasan ini," menurut amaran terbabit.

Difahamkan, Mallacoota dan kawasan sekitar tidak menerima amaran pemindahan seperti di bahagian lain di East Gippsland pada akhir minggu lalu.

Api marak dengan cepat sejak semalam akibat tiupan angin kencang dan ribut petir.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan dua lagi terbunuh dalam kebakaran di NSW sekali gus menjadikan angka kematian kini mencecah 12 orang. - Agensi

Artikel Berkaitan: