Kawal marah dan baran dengan 6 sunnah Nabi Muhammad SAW

RASULULLAH SAW berulang kali berpesan agar kita jangan marah menerusi hadis Baginda. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
RASULULLAH SAW berulang kali berpesan agar kita jangan marah menerusi hadis Baginda. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
A
A
A

DALAM sebuah hadis masyhur, Nabi Muhammad SAW berulang kali pesan supaya kita jangan marah.

Sesungguhnya, ia bukan sekadar peringatan semata-mata, tetapi perlu disematkan dalam ingatan setiap masa.

Bukan apa, apabila seseorang dalam keadaan marah dan baran, apa sahaja boleh jadi. Malah, ada yang bertindak di luar kawalan.

Lihat sahaja contoh yang berlaku di sekeliling dan kejadian yang menggemparkan negara baru-baru ini. Ada nyawa yang melayang dek kerana diri dikuasai perasaan amarah tersebut.

Seorang pengguna akaun platform X, @Muzuzxck berkongsikan tip dari sunnah Nabi Muhammad SAW untuk kita mengawal perasaan marah dan baran.

Berikut perinciannya:

AMBILLAH wuduk saat sedang marah sebagai salah satu sunnah untuk memadamkan api kemarahan tersebut.
AMBILLAH wuduk saat sedang marah sebagai salah satu sunnah untuk memadamkan api kemarahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

1. Duduk jika sedang berdiri, baring ketika sedang duduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Mengambil wuduk.

Ini kerana perasaan amarah itu sebenarnya daripada syaitan, sementelah makhluk tersebut dicipta pula dari api. Maka cara memadamkannya adalah juga dengan air.

‘Atiyyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan dari api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah, hendaklah berwuduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

JANGAN buat keputusan ketika diri sedang dalam kemarahan kerana ia akan dipengaruhi oleh emosi yang mungkin bakal memberikan penyesalan pada kemudian hari.
JANGAN buat keputusan ketika diri sedang dalam kemarahan kerana ia akan dipengaruhi oleh emosi yang mungkin bakal memberikan penyesalan pada kemudian hari.

3. Usah buat keputusan ketika dikuasai amarah.

Ia penting kerana kerasionalan seseorang mungkin terjejas akibat emosi dan amarah yang meluap-luap.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.” (Sahih Muslim)

4. Diam.

Apabila seseorang marah, perkataan yang meluncur keluar dari bibirnya boleh merugikan diri. Demikian kalam yang dinukilkan dari kitab al-Adab al-Mufrad karangan Imam al-Bukhari.

5. Kurangkan melayari media sosial.

Perkara itu kelihatan remeh, namun ketahuilah impaknya begitu dahsyat sekali. Masakan tidak, ia boleh menyemarakkan api kemarahan yang lebih membara jika kita banyak melihat kemarahan yang lain.

6. Banyakkan beristighfar dan berselawat.

Dengan cara itu, ia berupaya membantu menenangkan jiwa sedikit demi sedikit.

Dalam pada itu, Muzuza yang juga penulis buku kerohanian menegaskan, sikap panas baran boleh membunuh kita dari dalam.

“Maka tenangkanlah diri masing-masing,” coretnya dalam hantaran di akaun media sosialnya.

DIAM apabila diselebungi kemarahan kerana sebarang tindakan yang dibuat boleh merugikan diri sendiri.
DIAM apabila diselebungi kemarahan kerana sebarang tindakan yang dibuat boleh merugikan diri sendiri.