Gempa bumi di China ragut 111 nyawa

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang menggegarkan daerah di barat laut Wilayah Gansu di China pada Isnin meragut nyawa seramai 111 orang di Gansu dan Wilayah Qinghai, menurut ibu pejabat bantuan gempa bumi tempatan. - Foto AFP
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang menggegarkan daerah di barat laut Wilayah Gansu di China pada Isnin meragut nyawa seramai 111 orang di Gansu dan Wilayah Qinghai, menurut ibu pejabat bantuan gempa bumi tempatan. - Foto AFP
A
A
A

JISHISHAN - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang menggegarkan daerah di barat laut Wilayah Gansu di China pada Isnin meragut nyawa seramai 111 orang di Gansu dan Wilayah Qinghai, menurut ibu pejabat bantuan gempa bumi tempatan.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi itu berlaku pada 11.59 malam pada kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa terletak di perbandaran Liugou kira-kira lapan kilometer dari ibu negeri Jishishan Bao'an, Dongxiang, Daerah Autonomi Sala di Wilayah Autonomi Linxia Hui, Gansu.

Saksi memberitahu Xinhua bahawa gempa bumi telah menyebabkan kerosakan kepada rumah, jalan raya dan infrastruktur lain.

Beberapa kampung turut terputus bekalan elektrik dan mengalami gangguan air.

Menurut pihak berkuasa meteorologi tempatan, suhu rendah harian di Jishishan dilaporkan mencecah -10 darjah Celsius pada Selasa.

Jabatan bomba dan penyelamat wilayah telah mengerah seramai 580 penyelamat yang dibantu sebanyak 88 jentera bomba, 12 anjing pengesan selain lebih 10,000 set peralatan ke kawasan bencana.

Pihak berkuasa kereta api telah menggantung perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo yang melalui zon gempa serta mengarahkan pemeriksaan keselamatan landasan kereta api.

Artikel Berkaitan:

13 maut, 178 cedera akibat letupan di depot bahan api di Guinea

Sementara itu di KIGALI, RWANDA, sekurang-kurangnya 13 orang disahkan maut manakala 178 lagi cedera dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah depot bahan api di Conakry, Guinea, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

"Kira-kira 178 orang telah dirawat dengan pelbagai kecederaan termasuk 10 di kemudahan swasta.

"Daripada jumlah itu, 50 peratus mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar,” Menteri Kesihatan Oumar Diouhe Bah berkata dalam sidang media.

Insiden itu berlaku kira-kira tengah malam Isnin di daerah Kaloum, kata jurucakap kerajaan Ousmane Gaoual Diallo kepada pemberita.

"Kebakaran disusuli letupan besar merosakkan beberapa infrastruktur berhampiran. Banyak bangunan musnah,” katanya.

Punca letupan di depot yang membekalkan sebahagian besar bahan api di Guinea masih belum dapat dipastikan.

Dalam satu kenyataan, presiden sementara Kol. Mamadi Doumbouya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Guinea, sambil berharap mangsa yang ceedera segera sembuh.

"Sementara menunggu hasil siasatan, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada rakyat Guinea untuk bersolidariti dan berdoa untuk negara dalam masa sukar ini,” katanya.

Kerajaan telah mengambil langkah kecemasan termasuk memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan, katanya. - Bernama