Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di China

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan, pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan terkini bencana itu melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an.

"Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada rakyat dan Kerajaan Republik Rakyat China serta mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi ini," menurut kenyataan Wisma Putra

Gempa bumi dengan magnitud 6.2, berlaku pada 11.59 malam 18 Disember itu menjejaskan Provinsi Gansu dan Qinghai.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 105 orang maut dan 397 lagi cedera di Gansu dan 11 lagi dilaporkan terbunuh di Qinghai.

Menurut kenyataan itu, lebih 4,700 rumah rosak dan beberapa kampung mengalami gangguan bekalan elektrik, bekalan air, pengangkutan dan komunikasi.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an,telefon atau faks ditalian +8629-8956 8478 / +86 186 2968 1928 (selepas waktu bekerja) atau e-mail: mwxian@kln.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: