Pos Malaysia tawar penghantaran pulang bagasi jemaah umrah

Perkhidmatan bagasi umrah Pos Malaysia dijangka dapat membantu jemaah mengurangkan beban, sekali gus mengelakkan mereka daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal.
Perkhidmatan bagasi umrah Pos Malaysia dijangka dapat membantu jemaah mengurangkan beban, sekali gus mengelakkan mereka daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari 2020 bagi memudahkan urusan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, perkhidmatan itu bermatlamat untuk menyediakan pilihan perkhidmatan bagasi yang mudah dan tanpa ragu kepada jemaah selepas selesai mengerjakan umrah.

“Melalui perluasan perkhidmatan bagasi kami ini, jemaah Malaysia dapat memanfaatkan perkhidmatan ini untuk mengirim balik barangan mereka ke tanah air.

“Ia dapat membantu jemaah mengurangkan beban dan mengelakkan daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pos Malaysia mengenakan caj SR/RM20 bagi setiap kilogram untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan SR/RM25 bagi setiap kilogram ke Sabah dan Sarawak.

“Dua pilihan pembayaran disediakan, secara tunai dalam mata wang Riyal Saudi bagi penghantaran dari Mekah dan Madinah atau melalui kaedah bayar waktu terima sebaik sahaja barangan diterima di Malaysia,” katanya.

Selain itu, perkhidmatan pembungkusan juga disediakan bagi pelanggan yang memerlukan pembungkusan barangan dalam kotak dengan caj bermula dari SR8 untuk kotak saiz kecil, SR10 untuk kotak saiz sederhana dan SR12 untuk kotak saiz besar.

Buat sementara waktu, Pos Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengambilan secara temu janji melalui panggilan sehingga kaunter tetap disiapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: