Pos Malaysia perkenalkan Pos Raudhah

Ketua Peruncitan Pos Malaysia, Khazalin Ghuzal (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumijez Sdn. Bhd., Abdul Halim Hamzah memperkenalkan Pos Raudhah.
Ketua Peruncitan Pos Malaysia, Khazalin Ghuzal (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumijez Sdn. Bhd., Abdul Halim Hamzah memperkenalkan Pos Raudhah.
A
A
A

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan Pos Raudhah iaitu pakej langganan yang menyediakan perlindungan untuk bantuan khidmat urusan jenazah 24 jam atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian.

Pakej langganan dengan kerjasama Bumijez Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi bantuan dan sokongan kewangan serta meringankan beban waris apabila menguruskan pengebumian selepas kematian orang tersayang.

Pos Raudhah itu kini tersedia di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur dari setahun hingga 69 tahun tanpa mengira agama dan prosedur akan dijalankan mengikut syarat serta kesesuaian agama masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pengenalan Pos Raudhah itu mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk menyampaikan bantuan dan sokongan menyeluruh kepada komuniti pada detik-detik paling sukar dalam hidup.

Menurut beliau, Pos Raudhah itu bukan sekadar inisiatif perniagaan, malahan ia mencerminkan keprihatinan ikhlas pihaknya terhadap kesejahteraan masyarakat.

“Pos Malaysia, dengan sejarah lebih 200 tahun, berbangga untuk mempelbagaikan tawaran kami demi manfaat rakyat Malaysia.

“Dengan pejabat pos yang berfungsi sebagai hab komuniti yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, komitmen kami terhadap inovasi kekal teguh seiring dengan usaha kami untuk terus memberikan nilai kepada rakyat,” katanya pada Selasa.

Pelanggan boleh memilih daripada dua pakej mampu milik iaitu Pakej 80 (RM80 setahun) atau Pakej 120 (RM120 setahun), dan keahlian boleh diperbaharui setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Pakej langganan khairat kematian ini meliputi bantuan nasihat, bantuan dokumentasi, khidmat van jenazah, memandikan dan mengkafankan jenazah, solat jenazah, pengebumian dan bacaan talkin.

Selain itu, Pos Raudhah juga menyediakan dana Kemalangan Diri Takaful yang menawarkan dana tambahan sehingga RM10,000.

“Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pakej Pos Raudhah boleh mengunjungi cawangan Pos Malaysia yang terdekat, layari laman web rasmi di https://posraudhah.com atau hubungi nombor talian 603 8082 9000 untuk maklumat lanjut,” katanya.