Pesta Bola Ngoca angkat Kuala Pilah

Aminuddin (dua dari kiri) turut beraksi dalam Pesta Bola Ngoca 2023
Aminuddin (dua dari kiri) turut beraksi dalam Pesta Bola Ngoca 2023
A
A
A

KUALA PILAH - Penganjuran Pesta Bola Ngoca di daerah ini yang diadakan buat kali ketiga telah mengangkat Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan pilihan di Negeri Sembilan setiap tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penganjurannya juga sebagai satu tanda bahawa pembangunan di daerah ini semakin bertambah maju ke arah menjadikan Kuala Pilah sebagai Perbandaran pada tahun 2035.

"Menariknya Pesta Bola Ngoca ini telah menjadi acara tahunan di Negeri Sembilan sekali gus mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan negeri ini kerana ia tiada di negeri-negeri lain.

"Ia juga telah menjadi satu 'trademark' di Negeri Sembilan dan mengangkat Kuala Pilah sendiri sebagai destinasi tahunan ditambah pula penyertaan dari negeri luar yang amat mengagumkan,"katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abd Manaf.

Menurutnya, sebanyak 176 pasukan termasuk 48 pasukan wanita dari pelbagai negeri telah mengambil bahagian dalam acara berkenaan tahun ini yang mana ia merupakan penyertaan tertinggi sejak dianjurkan.

Ujarnya, ia memperlihatkan yang sukan tradisi Negeri Sembilan perlu dipandang pada tahap yang lebih tinggi dan

dirancakkan lagi menerusi pelbagai program pelancongan di semua daerah dalam Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap penyertaan antarabangsa bagi Pesta Bola Ngoca 2023 ini akan menjadi satu pembakar semangat bagi semua daerah untuk mencabar diri dalam menganjurkan program di peringkat antarabangsa.

"Jadi saya minta daerah-daerah lain juga untuk kreatif mengangkat sukan rakyat supaya ia juga boleh diadakan di tempat-tempat lain,"katanya.

Aminuddin meniup sumpit sebagai gimik perasmian Pesta Bola Ngoca 2023
Aminuddin meniup sumpit sebagai gimik perasmian Pesta Bola Ngoca 2023

Selain itu Aminuddin berkata, usaha untuk membangunkan kawasan daerah dan luar bandar merupakan

strategi pembangunan kerajaan negeri secara berterusan.

Tambahnya, ia bagi memastikan Negeri Sembilan dapat mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi

secara menyeluruh tanpa meminggirkan penduduk luar

bandar serta menoktahkan kemiskinan tegar.

"Jabatan dan agensi di peringkat daerah memainkan peranan yang amat penting dalam mengenal pasti kekuatan setiap

daerah bagi merancang pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan pelancongan,

pertanian, industri dan pelbagai lagi,"katanya.