ERA stesen radio nombor satu negara teruja sertai Pesta Bola Ngoca 2023

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga, kiri) menerima jersi pasukan dari wakil penyampai radio Era FM, Azad Jasmin (tiga, kanan) pada Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Ngoca Perkampungan Budaya Terachi, pada Ahad. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - ERA stesen radio nombor satu negara berbesar hati meraikan Pesta Bola Ngoca 2023 di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Ia merupakan anjuran Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong bersama dengan barisan exco negeri.

Pelbagai sukan rakyat disertai team ERA antaranya bermain bola di dalam sawah, pukul bantal dan menunggang basikal di atas titi.

Meskipun team ERA tewas dalam acara bola sepak dalam sawah dengan pasukan Menteri Besar 1-3 namun pengalaman yang mereka perolehi itu amat luar biasa.

Antara aksi pemain dari Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bersama pasukan Era FM pada perlawanan bola sepak ngoca sempena Program Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Ngoca Perkampungan Budaya Terachi, pada Ahad. - Foto Bernama

Dalam pada itu, team ERA juga membawa sekali barisan artis terkenal seperti Nabila Razali, Ara Johari, Aiman Tino, Suffian Suhaimi, Sarah Suhairi dan Ezzrin Loy untuk merancakkan lagi Pesta Bola Ngoca 2023.

Nabila Razali berkata, ketika melintas titi menunggang basikal dia akui berasa cemas dan gementar.

Namun akhirnya dia berjaya melintasi rintangan itu dengan sorakan orang ramai serta team ERA.

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bergambar bersama pasukan Era FM pada Program Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Ngoca Perkampungan Budaya Terachi, pada Ahad. - Foto Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bergambar bersama pasukan Era FM pada Program Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Ngoca Perkampungan Budaya Terachi, pada Ahad. - Foto Bernama

“Saya berpendapat acara seumpama ini wajar diteruskan di masa akan datang kerana pelbagai pengalaman unik dan menarik yang saya perolehi.

“Saya tak rasa rugi untuk sertai Ngoca ini kerana saya berjaya mengatasi kemampuan di luar batas yang saya sendiri tidak terfikir,” katanya ditemui Astro Gempak.

Apa-apa pun aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara penyampai ERA, barisan artis, barisan kepimpinan kerajaan negeri dengan rakyat. - Awani