Keluarga pensyarah maut dipukul suami guna dumbel, serah polis siasat

Keluarga kepada pensyarah wanita yang dipercayai maut dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini, menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
Keluarga kepada pensyarah wanita yang dipercayai maut dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini, menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga kepada pensyarah wanita yang dipercayai maut dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini, menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

Akui masih terkejut dengan kejadian itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima khabar duka itu kira-kira jam 8 pagi Jumaat, semasa bekerja di Shah Alam.

"Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta untuk hadir ke Hospital Shah Alam (HSA).

"Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh kes ini," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSA di sini pada Sabtu.

Tambahnya, mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri maut dipukul suami guna dumbel angkara cemburu

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu

Ujarnya, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah petang ini (Sabtu).

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan tempoh reman tujuh hari sehingga Jumaat depan ke atas seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat, polis menerima laporan pada jam 5.33 pagi daripada suami mangsa yang mengatakan isterinya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital, namun pemeriksaan doktor mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 33 tahun itu telah dipukul oleh suaminya menggunakan dumbel di rumah mereka akibat cemburu serta pengaruh dadah.

Pasangan itu baru berkahwin pada April lalu dan mangsa merupakan pensyarah sebuah kolej di Sarawak.

Mangsa pulang bercuti ke Semenanjung untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau kes pukul dan dadah selain ujian saringan air kencing disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!