Lelaki cedera parah swafoto dengan singa

Mangsa diterkam semasa cuba berswafoto dengan singa. - Agensi
Mangsa diterkam semasa cuba berswafoto dengan singa. - Agensi
A
A
A

ISLAMABAD - Seorang lelaki berusia 20 tahun cedera parah selepas cuba berswafoto dengan seekor singa di wilayah Punjab, Pakistan.

Kejadian ini berlaku seminggu selepas empat ekor singa membaham seorang lelaki di zoo di wilayah sama.

Polis berkata, insiden berlaku di pameran Lok Mela, yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Taman dan Hortikultur (PHA) di bandar Sargodha.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Amin telah digigit dan dicakar di lengan semasa menghampiri sangkar singa itu.

Muhammad dilaporkan mengalami cedera parah dan keadaannya dilaporkan kritikal. Pihak pentadbiran tempatan membatalkan pameran itu selepas kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: