Integriti ‘tiang’ hindari rasuah

Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Rais)
Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Rais)
A
A
A

SHAH ALAM - Nilai integriti perlu dijadikan sebagai ‘tiang’ dalam diri usahawan sebagai usaha untuk mengukuhkan sifat jati diri agar telus, amanah dan sentiasa berpegang kepada prinsip menolak jenayah rasuah membabitkan urusan perniagaan.

Ketua Seksyen Sistem Integriti Koprat (IIM), Rais Ramli berkata, langkah awal itu mampu mencegah daripada jenayah terbabit menular dalam organisasi apatah lagi setiap individu yang menjalankan perniagaan sudah pasti mahukan keuntungan dan bukan kegagalan.

“Sekiranya syarikat sendiri tiada polisi antirasuah dan surat sokongan dalam sebarang urusan kemudian membiarkan pekerja membuat keputusan sendiri dengan syarat dapat projek, kita tak tahu bagaimana mereka buat (uruskan), tahu-tahu mungkin ada berlaku sogokan.

“Dalam konteks perniagaan, pemilik perniagaan boleh mendaftar bawah Corporate Integrity System Malaysia (CISM) iaitu salah satu inisiatif sukarela yang dipelopori oleh beberapa agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) supaya syarikat mematuhi semua prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi dialog bertajuk SME Talk Integrity sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Antara jemputan hadir ialah Perunding Utama AP Sport Sdn Bhd, Ron Lee; Ketua Jabatan Risiko Integriti dan Pematuhan UEM Edgenta, Faizatul Farhah Ghazali; Presiden Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP), Mohd Amirul Mohd Letfee dan Ketua Jabatan Intergriti dan Governans Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Mudirah Muhd Nor.

Sementara itu, Penyelidik Dasar dan Perundangan C4 Centre, Prishanth Linggaraj berkata, rasuah bukan isu perundangan semata-mata tetapi ia juga melibatkan hak asasi manusia.

Penyelidik Dasar dan Perundangan C4 Centre, Prishanth Linggaraj
Penyelidik Dasar dan Perundangan C4 Centre, Prishanth Linggaraj

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pemilik syarikat akan memperoleh manfaat jika menjadikan perkhidmatan dan pemuliharaan hak asasi sebagai keutamaan dalam perniagaan mereka.

“Contoh, sosial dan tadbir urus (ESG).

Perkongsian Orang Diselia (tengah) dari Penjara Sungai Buloh.
Perkongsian Orang Diselia (tengah) dari Penjara Sungai Buloh.

"Perniagaan yang mengutamakan ESG dapat membina reputasi cemerlang dan meluaskan capaian kepada pasaran antarabangsa serta memberi sumbangan besar kepada kerajaan agar menghapuskan dalam negara.

“Pendekatan dalam membendung rasuah ini perlu dipelbagaikan dengan perspektif hak asasi agar harapan rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dapat direalisasikan,” ujarnya.

Persembahan pidato bertajuk Rasuah Nampak Senang di Dunia tetapi Sengkek di Akhirat oleh Pemidato Cilik Rasuah Busters, Hadif Rayyan, 12
Persembahan pidato bertajuk Rasuah Nampak Senang di Dunia tetapi Sengkek di Akhirat oleh Pemidato Cilik Rasuah Busters, Hadif Rayyan, 12

Sesi dialog tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan pidato bertajuk Rasuah Nampak Senang di Dunia tetapi Sengkek di Akhirat oleh Pemidato Cilik Rasuah Busters, Hadif Rayyan, 12, dan perkongsian Orang Diselia (ODS) dari Penjara Sungai Buloh.