HARA 2023: Peperangan, kekejaman perlu dijadikan iktibar

Wakil murid menyampaikan pentomin semasa program Pentas Ceria Si Cilik Genius. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH. (Gambar kecil: Anizah Samah dan Doritha Anpalagan)
Wakil murid menyampaikan pentomin semasa program Pentas Ceria Si Cilik Genius. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH. (Gambar kecil: Anizah Samah dan Doritha Anpalagan)
A
A
A

SHAH ALAM - Kesan peperangan dan kekejaman yang berlaku di Palestin harus menjadi iktibar tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada semua peringkat masyarakat.

Pengasas, yang juga guru Tadika Integrasi Genius Khalifah, Anizah Samah berkata, murid seawal usia dua tahun harus diberi pemahaman tentang impak besar daripadanya seperti trauma dan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

“Sebenarnya, pendidikan awal itu sangat perlu kepada anak kecil yang berusia dua atau tiga tahun. Jadi, tadika kami sediakan aktiviti seperti menyediakan tabung sumbangan kepada Palestin yang mana mereka sendiri akan mengumpulkan duit dalam tabung masing-masing.

“Kami akan sumbangkan hasil simpanan mereka kepada badan yang menguruskannya dan Persatuan Tadika Islam Malaysia,” katanya selepas program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) #Rasuah Busters 2023 pada Khamis.

Murid tadika melakukan persembahan tarian di program Pentas Ceria Si Cilik Genius. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Murid tadika melakukan persembahan tarian di program Pentas Ceria Si Cilik Genius. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

Persembahan kanak-kanak tadika itu bertemakan ‘Free Palestin' diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf semasa HARA Rasuah Busters 2023 di sini, pada Khamis.

Sementara itu, seorang ibu, Doritha Anpalagan, 30, memberi kejutan kepada anak perempuan sulungnya yang menjadi wakil Tadika Happyland untuk membuat persembahan tarian tradisional India semasa program Pentas Ceria Si Cilik Genius.

Jelasnya, dia sanggup mengambil cuti tahun bagi memberi sokongan penuh kepada anaknya, Kaasniy Thiaggu, 5, yang tidak mengetahui tentang kehadirannya serta nenek di program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya mohon cuti tahun hari ini kerana mahu beri semangat kepada dia (anak perempuan). Lagipun, dia seorang yang pemalu dan tidak pernah berlatih di hadapan kami di rumah.

“Reaksinya tadi agak terkejut bila nampak saya dan neneknya merakam video membuat persembahan. Saya rasa bangga dapat lihat dia ada keyakinan untuk menari di depan orang ramai,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!