Jumlah kehadiran Program B4G sedikit kurang

Antara warga asing yang sedang menanti giliran bagi mengikuti proses program itu.
Antara warga asing yang sedang menanti giliran bagi mengikuti proses program itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Warga asing di sekitar Selangor tidak melepaskan peluang saat akhir bagi menyertai Program Back For Good (B4G) yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Tinjauan Sinar Harian di Imigresen Selangor mendapati jumlah kehadiran warga asing bagi mengikuti program itu berkurangan berbanding beberapa hari sebelum ini.

Bagaimanapun, ruang legar pejabat berkenaan dilihat masih dipenuhi dengan kehadiran warga asing yang menanti giliran.

Seorang warga Indonesia, Ahmad Zaini Loso, 53, dia membuat keputusan untuk pulang ke Jakarta selepas menetap di Malaysia sejak enam tahun lalu.

"Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan program ini, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke negara asal bagi memulakan kehidupan baharu bersama keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Vasudalan berkata, dia sudah bekerja sebagai pengutip sampah di negara ini sejak empat tahun lalu dan tidak mempunyai permit sah.

Pegawai JIM Selangor sedia menerima kehadiran warga asing bagi program itu.
Pegawai JIM Selangor sedia menerima kehadiran warga asing bagi program itu.

Katanya, sebelum ini, dia pernah beberapa kali ditipu oleh ejen pekerjaan yang cuba mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan itu apabila ada program ini, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke Myanmar.Lagipun tangan saya pernah patah dan tidak mampu melakukan kerja berat," katanya.

Program B4G bermula sejak 1 Ogos lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini bagi memberi peluang kepada warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959 untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat tertentu.

Difahamkan, warga asing terlibat perlu mendapatkan dokumen pengenalan diri yang lengkap daripada kedutaan besar dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi masing-masing sebelum menyerahkan kepada pejabat imigresen.

Terdapat warga asing yang menunggu di ruang legar Ibu Pejabat JIM Selangor bagi mengikuti program B4G.
Terdapat warga asing yang menunggu di ruang legar Ibu Pejabat JIM Selangor bagi mengikuti program B4G.

Mereka perlu membayar kompaun sebanyak RM700 serta menunjukkan tiket penerbangan ke negara asal.