ISTAF terima satu servis, tolak guna 21 mata

IMBAS KEMBALI....Aksi pemain Indonesia Diky Apriyadi (kanan) melompat untuk mendapatkan bola semasa perlawanan sepak takraw menentang Myanmar pada SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh. FOTO: AFP
IMBAS KEMBALI....Aksi pemain Indonesia Diky Apriyadi (kanan) melompat untuk mendapatkan bola semasa perlawanan sepak takraw menentang Myanmar pada SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh. FOTO: AFP
A
A
A

CADANGAN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) supaya setiap regu hanya memperoleh satu servis berbanding sekarang tiga kali diterima Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Menurut, Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, cadangan PSM diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF pada 8 Disember lalu.

Bagaimanapun, ISTAF tidak dapat menerima cadang untuk 21 mata kerana badan induk itu telah membuat beberapa perubahan dalam proses mendapatkan pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Sejujurnya perubahan servis ini secara tidak langsung akan memeriahkan dan meningkatkan lagi intensiti persembahan setiap permainan pasukan.

“Ia juga sekali gus akan mewujudkan persaingan yang lebih sihat dan hebat dalam kalangan pemain takraw.

“Saya juga yakin pendekatan ini akan mengubah corak dan persembahan setiap regu dalam kejuaraan,” katanya kepada Sukan Sinar dari Riyadh, Arab Saudi pada Isnin.

Sementara itu, Halim juga memaklumkan mesyuarat juga memutuskan sistem kiraan 15 mata bagi semua kejuaraan domestik dan antarabangsa dikuatkuasakan bermula 1 Februari tahun depan, berbanding 2 Februari sebelum ini.

Jelasnya, menerusi sistem kiraan 15 mata, sekiranya pasukan terikat 14-14, maka satu daripada regu yang meraih mata ke-17 akan dikira sebagai pemenang.

Artikel Berkaitan:

“Kalau perlawanan berlanjutan ke set ketiga atau pusingan tie-break maka kedua-dua regu hendaklah membuat pertukaran petak gelanggang apabila mana-mana regu mencapai mata kelapan dan meneruskan perlawanan ke mata penamat,” katanya.

Tambah Halim, sistem 15 mata juga secara tidak langsung mampu menjimatkan tempoh perlawanan dalam sehari.

Selain itu katanya, permainan akan lebih berkualiti hingga tamat perlawanan begitu juga dengan mutu pengadilan.

“Setiap pemain juga boleh memberikan sepenuh tumpuan dan beraksi sepenuh jiwa setiap perlawanan.

“Ia juga dapat mengurangkan kecederaan pemain dan tambahan masa kecederaan seperti seperti tiga minit ketika ini selain perlawanan tidak menjemukan,” katanya.