Pasangan warga emas dibunuh: 3 kesan tikaman ditemui pada kedua mangsa

Allaudeen
Allaudeen
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri warga emas yang dibunuh anak mereka di Kampung Sungai Penchala, Sabtu lalu disahkan ditikam sehingga maut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, punca kematian kedua-dua mangsa diperoleh hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Bedah siasat dijalankan mendapati terdapat tiga kesan tikaman pada bahagian muka, kepala dan leher pada kedua-dua mangsa.

"Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini beberapa individu telah dirakam keterangan berhubung kejadian terbabit.

Keadaan lokasi kejadian dua warga emas maut dibunuh anaknya di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu.
Keadaan lokasi kejadian dua warga emas maut dibunuh anaknya di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu.

Pada Sabtu, sepasang suami isteri itu maut dibunuh anak kandungnya di rumah mereka dipercayai selepas berlaku pertengkaran.

Mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Artikel Berkaitan:

Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka sebelum gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Suspek berjaya ditangkap pada jam 10.30 malam di bawah terowong Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).