Covid-19 dijangka terus meningkat tetapi masih terkawal - Dr Zaliha

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau trend kenaikan Covid-19 yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, namun menjangkakan ia akan terus terkawal tanpa membebankan fasiliti kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM menjangkakan trend akan terus menaik di penghujung tahun, khususnya sewaktu musim Krismas, ekoran aktiviti kunjung-mengunjung rumah keluarga dan sanak saudara.

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti memakai pelitup muka di tempat yang agak sesak, dan menjaga kebersihan diri.

“Kalau kita tengok beberapa minggu kebelakangan ini kes meningkat. Jumlah nanti saya akan beri, tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat kes yang agak ringan, dan tidak membebankan fasiliti kesihatan.

"Tetapi kita menggalakkan rakyat dan penduduk ambil juga langkah seperti biasa, kalau ada gejala pergi jumpa doktor untuk dapatkan saringan.

“Dan kalau positif (Covid-19) mereka diminta asingkan diri beberapa hari... sekarang SOP masih lima hari. Jika di tempat agak sesak kita galakkan, bukan mandatori, galakkan pakai pelitup muka. Lainnya jaga kesihatan diri... amalkan SOP biasa yang kita laksanakan,” katanya lagi.

“Kalau kita tengok beberapa minggu kebelakangan ini kes meningkat. Jumlah nanti saya akan beri, tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat kes yang agak ringan, dan tidak membebankan fasiliti kesihatan. Tetapi kita menggalakkan rakyat dan penduduk ambil juga langkah seperti biasa, kalau ada gejala pergi jumpa doktor untuk dapatkan saringan.

“Dan kalau positif (Covid-19) mereka diminta asingkan diri beberapa hari... sekarang SOP masih lima hari. Jika di tempat agak sesak kita galakkan, bukan mandatori, galakkan pakai pelitup muka. Lainnya jaga kesihatan diri... amalkan SOP biasa yang kita laksanakan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melepaskan kenderaan pasukan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan Wilayah Persekutuan. - Astro AWANI
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melepaskan kenderaan pasukan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan Wilayah Persekutuan. - Astro AWANI

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani serta Pelepasan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan di Bukit Jalil, pada Ahad.

Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November lepas.

Ia merupakan peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Mengulas mengenai program tersebut, Dr Zaliha berkata, ia merupakan aktiviti kemuncak Madani Afiat, melibatkan 135 orang jururawat dan 40 ahli farmasi KKM.

“Untuk kali ini kita libatkan 380 rumah hari ini, meliputi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil, Apartment Kuchai Lama, dan Taman Yarl. Ini kawasan yang kita akan lakukan saringan kesihatan.

“Aktiviti saringan kesihatan juga kita lakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan hari ini dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan. Ada juga aktiviti tambahan seperti kita galakkan untuk penduduk atau siapa yang hadir, menerima imunisasi Covid-19 bagi mereka yang belum,” katanya lagi.

Menurut kenyataan KKM, bilangan penduduk disaring melalui aktiviti saringan kesihatan oleh pelatih ke rumah di Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang telah menjangkau 2,863 orang, melibatkan 1,776 isi rumah.

Melalui bilangan yang disaring tersebut, berapa yang dikesan menghidap diabetes, seramai 771 orang (26.93 peratus), diikuti hipertensi, seramai 1,041 orang (36.36 peratus), berisiko mendapat diabetes seramai 417 orang (14.56 peratus), dan berisiko mendapat hipertensi seramai 695 orang (24.28 peratus). - Awani