Pelajar UMK jual mi sotong segera catat jualan enam angka

Syed Muhammad Hafiz mengusahakan perniagaan mi sotong menggunakan resipi asli milik ayahnya.
Syed Muhammad Hafiz mengusahakan perniagaan mi sotong menggunakan resipi asli milik ayahnya.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya merekodkan jualan sebanyak enam angka walaupun sekadar menjual mi sotong segera.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) di UMK Kampus Jeli, Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohd, 23, berkata, perniagaan mi sotong yang diusahakannya itu menggunakan resipi asli milik ayahnya.

“Pada usia sembilan tahun saya sudah mula mengikut dan menolong ayah berniaga di kaki lima setiap hari.

“Melihat keperitan dan kesusahan ayah meniaga di tepi jalan untuk menyara keluarga telah mendorong saya untuk mengubah nasib keluarga dengan menukar sistem perniagaan street food kepada teknologi retort,” katanya.

Syed Muhammad Hafizberjaya merekodkan jualan sebanyak enam angka walaupun sekadar menjual mi sotong segera.
Syed Muhammad Hafizberjaya merekodkan jualan sebanyak enam angka walaupun sekadar menjual mi sotong segera.

Menurut beliau, dengan inovasi tersebut dapat memperkenalkan makanan dan minuman istimewa Pulau Mutiara itu untuk dinikmati oleh pelanggan tanpa perlu bersusah payah untuk datang ke Pulau Pinang.

Syed Muhammad Hafiz memberitahu, Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang membataskan pergerakan rakyat Malaysia ketika itu telah memberikan impak negatif kepada banyak perniagaan termasuk perniagaan kecil milik keluarganya.

Ujarnya, bermula dari ujian itulah beliau bangkit dengan memulakan transformasi perniagaan makanan segera melalui teknologi retort.

Artikel Berkaitan:

Syed Muhammad Hafiz (tengah) membuka perniagaan sendiri dengan mendaftar syarikat perniagaan SSU dibawah Institut Keusahawanan UMK (UMKEI).
Syed Muhammad Hafiz (tengah) membuka perniagaan sendiri dengan mendaftar syarikat perniagaan SSU dibawah Institut Keusahawanan UMK (UMKEI).

“Hanya bermodalkan wang simpanan sendiri dan pendapatan yang diperoleh dari keuntungan berniaga mi sotong di tepi jalan, karnival keusahawanan, kiosk niaga dalam kampus universiti serta bantuan geran perniagaan dari agensi keusahawanan itulah saya mula membangunkan syarikat ini.

“Saya tidak menyangka model perniagaan ini mendapat sambutan luar biasa dari pelanggan kerana asalnya menggoreng mi dalam kuali kini berjaya memperkenalkan mi sotong segera (teknologi retort),” jelasnya yang membuka perniagaan sendiri dengan mendaftar syarikat perniagaan SSU dibawah Institut Keusahawanan UMK (UMKEI).

Syed Muhammad Hafiz yang merupakan pemilik dan pengasas kepada syarikat Seeni Food & Beverages Sdn Bhd optimis untuk membangunkan produk mi sotong segeranya itu ke peringkat antarabangsa seperti Korea Selatan.