Dua anjing pengesan bantu siasatan kematian Zayn Rayyan

Anjing pengesan bernama Ruby tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari pada Sabtu.
Anjing pengesan bernama Ruby tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Dua ekor anjing pengesan (K9) Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Ia dipercayai bagi mengesan petunjuk baharu selepas pasukan penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan agresif termasuk menggunakan K9 dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum ini.

Anjing pengesan bernama Ruby itu tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari dan dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air manakala pasukan forensik PDRM turut dilihat menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan pada Sabtu.
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan pada Sabtu.



Tidak lama selepas itu, seekor lagi anjing pengesan bernama Falco&Jimmy dibawa masuk.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Pada Khamis, pasukan penyiasat PDRM turut dilaporkan menggunakan dron bagi mengesan sebarang bukti dan laluan tikus di laluan sama.

Operasi menerbangkan dron dijalankan sepasukan anggota dari Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman kira-kira 5 petang pada hari tersebut.

Unit dron itu diterbangkan pada ketinggian kira-kira 30 meter di sekitar kawasan belukar dan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, tindakan itu bagi mengesan sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kejadian pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selain kemungkinan terdapat laluan tikus di kawasan itu.